BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jumaat, 9 Oktober 2009

Otak

Otak Kanan

Otak

Rabu, 30 September 2009

Proses Keseluruhan Otak

Kita semua memikir menggunakan keseluruhan otak. Bagaimanapun, satu bahagian darinya lebih menguasai atau mendominasi. Dalam berfikir, sebagai contoh, otak berada dalam keadaan bercakap sendirian. Bagaimanapun, satu bahagian akan lebih mendominasi untuk mengeluarkan kata-kata lebih kuat atau memberi arahan.
Ideanya ialah berjuang untuk menjadi pengerak dengan seluruh otak (whole brain processor). Jika anda menguasai proses dominasi otak kiri, dengan perkembangkan otak kanan anda akan menjadi lebih kreatif dan berkemampuan. Dengan perkembangkan bahagian yang kiri, proses otak kanan akan menjadi lebih logik dan analisi.
Cara lain untuk perkembangkan pemikiran keseluruhan otak ialah dengan lompat tali atau “jalan bersilang kaki”. Setiap aktiviti memerlukan ransangan kedua-dua bahagian tubuh berulang-ulang.
Latihan seterusnya,”Jalan bersilang kaki,” mungkin memerlukan masa untuk peserta berdiri dan melakukan regangan(stretch). Minta peserta berdiri. Minta mereka angkat lutut kanan dan sentuh siku kiri, kemudian sebaliknya. Lakukannya sebanyak 10 kali.

Melayani kreativiti merupakan skil (kemahiran) otak kanan. Orang otak kanan mampu mengambil pola beberapa silang jahitan yang berbeza, cantumkan dengan beberapa warna baru, dan membuat sesuatuyang baru. Proses otak kiri hanya mengikut apa yang tersedia pada pola itu.Semasa memasak. Proses otak kiri hanya menurut resepi secara tetap. Proses otak kanan suka menggunakan kreativiti didalam dapur.
Proses otak kanan biasanya melakarkan peta. Sesetengah menggunakan proses yang lebih lengkap dengan kedua-dua peta dan langkah(directions)nya sekali.
Perbezaan penggunaan bahagian otak membawa kepada perbezaan karektoristik. Sebagai contoh, Proses otak kanan suka arahan dan kestabilan; Proses otak kanan lebih menyukai corak kehidupan yang tidak rasmi (Informal way).
Sementara mereka menghadapi masaalah untuk mengeluarkan pendapat dengan pertuturan, Proses otak kanan lebih suka menggunakan ujian bertulis. Orang yang menggunakan otak kiri biasanya suka mempelbagaikan ujian.
Jika ada masa, anda mungkin hendak memperkatakan tentang karektoristik beberapa orang yang berbeza yang mungkin menunjukkan samada mereka adalah pengguna otak kanan atau atau otak kiri.
Ringkasan
Otak kanan dan otak kiri mempunyai pertindihan kemahiran dan perbezaan cara berfikir. Memahami perbezaan ini akan menambah rasa menghargai diri dan orang lain. Masing-masing mempunyai kecenderungan semulajadi berbanding satu sama lain. Yang mana lebih membawa kecenderungan, kedua-dua belah otak digunakan dan pendapat yang mengubah proses kedua belahnya. Matlamat utama ialah untuk memproses menggunakan seluruh otak.

Pengenalan Kepada Otak

Otak merupakan suatu sistem computer rumit yang dikawal oleh dua bahagian. Kedua-dua bahagian ini mempunyai kemahiran dan cara berfikir yang berbeza. Bahagian kanan otak memproses maklumat dengan cepat (rapid), melewati ruang dimensi fizikal (spatial) dan tanggapan yang tepat (perceptual). Otak kiri memproses dengan cara yang berbeza tetapi dalam bentuk lisan yang lebih kompleks, berbentuk analisa.
Bahagian kiri otak mengawal bahagian kanan tubuh, manakala bahagian kanan mengawal kiri tubuh. Serangan pada bahagian kiri otak boleh melumpuhkan bahagian kanan tubuh. Ianya boleh menyebabkan beberapa fungsi tubuh seperti penguasaan bahasa. Jika seseorang selalu memproses munggunakan otak kanan, bahagian kiri tubuhnya akan terbentuk untuk menjadi lebih besar, kuat dan lebih berkembang.

Khamis, 3 September 2009

Sejarah Lukisan


1. Menurut sejarah, lukisan awal di tanah air dijumpai sejak zaman batu. Manusia zaman batu melukis di Dinding Gua Tambun, Perak. Gambaran yang dilukis menggambarkan aktiviti dan perasaan mereka.

2. Perkembangan lukisan di Eropah selari dengan perkembangan catannya. Pelukis-pelukis zaman ini melukis bertujuan membuat lakaran bagi menghasilkan cetakan dan catan.

3. Perkembangan revolusi di Eropah mengembangkan seni lukisan berbentuk reka cipta.

4. Perkembangan di bidang matematik memperlihatkan pelukis menggunakan nisbah keemasan (Golden Mean) sebagai rujukan.

5. Pelukis Albrecht Durer dan Leonardo Da Vinci mula memperkenalkan skala dalam lukisan figura

PENGETAHUAN ASAS SEBELUM MELUKIS :

1. Asas seni reka 2. Perspektif 3. Cahaya, bayang dan bentuk 4. Teknik memilih sudut pandangan 5. Teknik mengukur objek mengikut kadar (kadar banding)

PERSPEKTIF :

LUKISAN PERSPEKTIF

  • Lukisan perspektif dibina di atas paksi paksi perspektif dan titik terpilih. Ia adalah satu daripada lukisan 3 dimensi. Melalui lukisan ini perekaan atau lukisan produk dapat dilihat daripada pandangan atas, pandangan sisi dan pandangan hadapan dalam keadaan sebenar.